Salam..
Klo nak dikirA, orang yang paling sibuk kat dunia nih ialah P.E.R.E.M.P.U.A.N, perempuan/wanita sebab bagi wanita bekeja, diorg sibuk kat tpt keja, layan kerenah mcm2 org, mcm2 ragam.. Bkn stakat letih badan, letih otak, letih mulut (bg yg byk bcakap cam aku! hihihihi..) balik umah nak uruskan mkn minum En. Somi lagi, nak uruskan anak2, ngemas rumah, basuh baju, pinggan mangkuk.. berbagai2 kerja.. haisshh...! byk sungguh tugas2 seorang perempuan..
Berbanding ngan Lelaki, diulangi L.E.L.A.K.I, mereka hanya sebuk di tempat kerja sahaja,.. balik umah da ley berehat.. klo nasib bek, ade lak org tukang urut2 (khidmat tambahan lak dri sang isteri yg jenisnya
PEREMPUAN) hey hallow! nih bkn namanya diskriminasi okeh.. ni nama kebenaran, kenyataan.. aku menulis gini, bkn sebab aku pon sorang perempuan, bkn! salah sama skali andai pembaca menganggap aku gitu.. nop! nehi2.. aku menulis berdasarkan pemerhatian aku k.. nak contoh? ok aku kasi..
contoh terdekat, hari2 aku ley npk ialah kehidupan abg aku bersama isteri beliau.. abg aku ni keje kilang sama tpt ngan aku la tp len2 department la.. (aku pon di rekomen kn oleh abg aku tuk masuk dlm kilang Hualon (recron) ni dulu2). kat tpt keje abg aku mmg bz.. keje pon penat gler.. tolak troley benang yg berat gilos tu.. kl suh aku tolak mmg la x bergerak, klo gerak pon aku da pengsan sb berat tu! Then abg aku ni ad ank sorg yg tengah nak membesar (umo 1 taOn lbh). Akk ipar aku nih org Patani.. so, phm2 je la org Patani ni mmg suke meniaga kan? xkira cmane pon, nak gak meniaga.. huhu.. Kira ley gak tolong abg aku tmbah pendapatan kan? Sebelum kawen dlu abg aku mmg ade niaga burger depan umah.. smpai da kawen, da ade ank ni pon dia ttp truskan niaga tu.. siap de customer ttp ag tu.. wiwiiitt..! :P
abg aku g keje kol 7 pg, blik kol 7 ptg (12jm),balik tu pas mandi2 trus niaga burger lak.. Dengar memg penat kan? da kt kilang keje berat, blik umah x rehat, keje lagi.. k. Ipa aku lak pagi2 kol 5 pg bangun goreng kuih dan sediakan sgla jenis sarapan tuk niaga sbelah pag, kol 6 da start bka kedai..sambil2 tu mandikan anak dia, uruskan anak lagi. da tgah ari, masak lak mkn tgh ari smbil tu basuh bekas2 yg digunakan masa niaga pg td.. pastu uruskan anak.bila ptg, start tuk mkn mlm, dia msk awl sbb kol 6ptg lbh kurg dia nak bka kedai burger lak.. pastu dia uruskan anak dia.. pas tidokan anak dia, dia g tolong abg aku kat kedai burger lak.. kat kol 10 mlm, bllik umah sebb nak siap sedia buat kuih2 tuk jualan pg esok lak.. da ready sume tu, klo abg aku x ttp ag kedai burger, dia g tolong ag.. lewat mlm bru ley tido..
korg bygkan la, byk mane sgt waktu rehat yg akk aku ade? tu aku lom kira dia uruskan diri sendiri ag.. mandi, mkn.. lom masuk kemas umah, basuh baju suami dan ank.. bila tmbah2 keja sampingan tu, bpe jam sgt yg ade tuk dia rehat pon? byk keje dia perlu selesaikan berbanding abg aku tu..
klo anak merengek tgh mlm sape yg berjaga dulu? mak jugak..
Perempuan jugak lebih kuat, tabah.. klo x, mereka da surrender da.. hari2 melalui rutin yg sama.. bg yg kata isteri/wanitaa yg xbekerja tu dok umah goyang kaki, memg xley pakai. dok umah, wat keje umah lagi letih berbanding keje2 kat tpt keje tau!
So, fikirla sedalam2nya.. wanita, klo ikotkan kerja yg perlu mereka buat setiap ari, 24 jam tu memg x mencukupi bagi mereka..
wanita2 yang bergelar isteri dan ibu, memg wanita yang hebat dan
SUPERB!!
nota kakicomellku: pengorbanan yang dilakukan oleh
WANITA memg banyak dan
LELAKI xkan mampu buat sume tu... :)